About ORLENDA


Selamat Datang ke ORLENDA!

Di ORLENDA, kami percaya setiap anak perempuan berhak tampil cantik, selesa, dan bergaya dengan tudung yang sesuai untuk mereka. Kami mengkhususkan dalam menghasilkan koleksi tudung kanak-kanak yang berkualiti, ringan, dan mudah dipakai untuk si kecil yang aktif.

Kenapa Kami Berbeza?

  • Kualiti Terjamin: Kami hanya menggunakan fabrik lembut dan selesa yang sesuai untuk kulit kanak-kanak.
  • Reka Bentuk Mesra Kanak-Kanak: Tudung kami direka dengan saiz dan gaya yang mudah dipakai tanpa kompromi terhadap keselesaan.
  • Warna & Corak Menarik: Koleksi kami hadir dalam pelbagai warna dan corak yang ceria dan menawan untuk digayakan setiap hari.

Sejak 2017, kami telah membantu ramai ibu bapa memastikan anak-anak mereka tampil comel dan sopan dengan tudung yang praktikal dan bergaya. Antara produk kami - Tudung Sekolah Dan Koleksi tudung pelbagai gaya, Telekung Solat dan Dress.

Misi kami adalah untuk memberi keyakinan dan kegembiraan kepada si kecil melalui produk kami agar Tetap Berhijab dan Tetap Anggun setiap masa. Si kecil akan terpupuk sejak kecil untuk terus berhijab.

Terima kasih kerana menyokong kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga ORLENDA. Kami berharap dapat terus menyediakan yang terbaik untuk si manja anda.

"STAY COVER, STAY CHIC"

"Tetap Berhijab, Tetap Anggun"